Friday 26 December 2014

Apa itu MLM? - MULAKAN PERNIAGAAN ANDA BERSAMA RF3 WORLD

MLM adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya pemasaran berbilang tingkat, ia juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.
Seperti namanya, ia menunjukkan tahap beberapa orang memasarkan produk kepada pelanggan.
Seorang wakil jualan (juga disebut sebagai,ahli pengedar, rakan kongsi sekutu, atau persatuan) mendapatkan pelanggan dan merekrut serta melatih tenaga jualan lain untuk mendapatkan pelanggan.





Menjadi keinginan semua syarikat (syarikat MLM & bukan MLM) untuk mencapai tahap pemasaran tertinggi dan kaedah MLM merupakan satu kaedah mencapai tahap jualan yang tinggi dalam waktu yang singkat. Tidak kiralah bidang kesihatan, kecantikan, hartanah, telekomunikasi atau industri yang lain terlalu banyak yang menggunakan kaedah pemasaran MLM untuk mengembangkan perniagaan mereka. 

Bagi mereka yang menggunakan kaedah MLM, hidup mati perniagaan mereka bergantung kepada pelanggan mereka dengan memberitahu orang lain mengenai perniagaan mereka. Cara ini lebih dikenali sebagai kuasa mulut, “power of mouth”. secara ringkasnya kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan pelanggan masa kini untuk mengiklankan dan memasarkan produk / perkhidmatan mereka kepada pelanggan yang berpotensi tinggi.



Apa bezanya syarikat bukan MLM (konvensional) dengan syarikat berteraskan MLM?


Syarikat bukan MLM (konvensional)


Dalam sebuah syarikat bukan MLM, seorang pengurus jualan dan tenaga jualan diupah oleh syarikat. Syarikat selalunya terbatas dalam mengupah tenaga jualan bergantung kepada sumber kewangan yang dimiliki oleh syarikat. Perkembangan syarikat juga terbatas kerana terpaksa bergantung kepada jumlah jualan yang mampu dihasilkan dan ditangani oleh tenaga jualan. Akibatnya terdapat pelanggan yang diabaikan dalam pemasaran produk. Sekiranya tenaga jualan tidak mencapai target yang ditetapkan atau tidak menepati prestasi yang ditentukan oleh syarikat, syarikat boleh mengupah tenaga jualan lain atau menukar tenaga jualan kepada pengurus. Hal ini disebut pemasaran ”Multi-Width” kerana organisasi diperluaskan secara horizontal berbanding dengan pemasaran “Multi-Level” yang diperluaskan secara menegak.





dengan cara pemasaran tradisional, sesebuah syarikat atau perniagaan sngat bergantung kepada jumlah tenaga jualan yang terhad kerana syarikat terhad mngupah pekerja jualan. sekiranya prestasi tenaga jualan merosot, ianya secara langsung akan mempengaruhi prestasi syarikat.


Syarikat berteraskan MLM
Pada permulaannya, syarikat MLM akan bermula dengan merekrut seorang pengurus jualan yang mendapat pelanggan dan berjaya merekrut tenaga jualan (sama seperti sistem pemasaran tradisional). Tetapi berbeza dalam syarikat MLM, setiap tenaga jualan yang di rekrut juga diberi pilihan untuk merekrut tenaga jualan mereka sendiri. Syarikat tidak perlu membayar gaji kepada pengurus jualan dan tenagan jualan yang direkrut oleh tenaga jualan sebaliknya hanya membayar yuran, tiada had bagi syarikat untuk merekrut pengurus  dan tenaga jualan. Hal ini mendatangkan manfaat kepada syarikat kerana syarikat dapat berkembang dengan cepat disamping memiliki tenaga jualan yang terlatih. Hal ini juga bermanfaat bagi tenaga jualan kerana pendapatan mereka bukan sahaja terhad kepada berapa banyak yang mereka jual tetapi boleh juga mendapatkan komisyen dengan memiliki tenaga jualan terlatih yang lain.





sangat mudah, MLM juga merupakan antara 5 cara pemasaran yang boleh digunakan oleh syarikat untuk menjual dan mengedar produk atau perkhidmatan kepada pelanggan.
Semua syarikat (MLM atau syarikat tradisional) mempunyai satu ciri utama yang sama: mereka menyediakan produk atau perkhidmatan yang diharapkan pelanggan mampu membuat hidup mereka lebih baik. Setelah syarikat mempunyai produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan, syarikat hanya perlu membuatnya produk dan perkihdmatannya dikenali secara meluas hanya dengan mendistribusikannya. Mengedar produk melibatkan pencarian pelanggan dan memastikan produk berada ditangan mereka. Ada lima cara utama untuk mengedarkan sesuatu produk atau perkhidmatan:
1. “store front”
2. “direct mail”
3. “tele marketing”
4. “internet”
5. “MLM”
Jadi apa itu MLM (Multi Level Marketing)? Perkara utama untuk difahami adalah bahawa mengedarkan produk dengan pelbagai cara untu kmembuatnya dikenali. MLM dan empat cara utama yang lain untuk mengedarkan produk hanyalah kaedah yang digunakan untuk membuat suatu produk yang dikenali.








No comments:

Post a Comment