Tuesday 19 January 2016

Apa itu Monosodium Glutamate(MSG)



Apa itu Monosodium Glutamate(MSG)


MSG ialah penambah perisa yang sangat popular di Negara kita ni. Sejarah penemuannya telah ditemui oleh seorang saintis Jepun iaitu Dr. Ikeda pada tahun 1908.

Tak ramai yang tahu mengenai msg kan? Tahukah anda sebenarnya msg ni membawa banyak keburukan daripada kebaikan.Sebenarnya memang msg ni kalau dibubuh dalam masakan akan memberi perasa kepada setiap masakan kita terutama jika bahan seperti(ikan,udang, etc) yang digunakan dalam masakan telah lama.

Kebanyakan makanan yang dijual di kedai makanan juga dibubuh dengan msg ini. Di mana peniaga makanan ingin menjual makanan di dalam kuantiti yang banyak tanpa mengubah rasanya.. Kita tidak tahu samada makanan tersebut telah dibubuh dengan msg atau tidak, jadi langkah berjaga-jaga kita masak sendiri di rumah. 





Itu yang paling bagus. Kita boleh mengenali perisa-perisa makanan yang dijual dipasaran samada mengandungi msg atau tidak. Kita perlu melihat pada label bungkusan perisa tersebut. Tetapi kebanyakan perisa yang dijual mengandungi msg. Makanan segera ,snek-snek ringan,biskut2, kicap, nugget & sosej & etc.. adalah di antara contoh makanan dibubuh msg. 

Sukar untuk kita membezakan kelazatan sebenar makanan-makanan ini. 

Apakah keburukan msg ini?

 Sebenarnya seseorang yang berterusan mengambil makanan yang mengandungi msg ini berisiko untuk mengalami obesiti iaitu pertambahan berat badan. 

Selain daripada itu, jika seseorang yang boleh alah terhadap msg ini ia akan memberi kesan sampingan seperti sakit kepala dan sakit dada jika jumlah msg yang diambil terlalu tinggi.

Kebaikan halia sebagai memelihara saraf akibat dari kesan MSG

Halia ialah salah satu tumbuhan herba yang banyak digunakan di dalam masakan kita. Pada masa sekarang, halia banyak digunakan di dalam bidang perubatan. Ia berkhasiat untuk mengeluar angin di dalam badan, membunuh cacing di dalam perut ,merawat penyakit asma, elak daripada kejang otot , merawat masalah sakit kepala ,selsema dan banyak lagi. 

Serta yang paling penting halia memelihara system saraf kita. Terdapat kajian di mana halia memelihara saraf kesan daripada msg. oleh itu saranan saya supaya kita mengambil halia di dalam pemakanan kita seharian memandangkan banyak khasiat yang terkandung di dalamnya.


Join channel telegram Peluang bisnes bersama RF3

No comments:

Post a Comment