Nazeri Omar (kanan sekali) bersama orang kurang upaya dibimbingnya menjadi usahawan RF3 World Sdn. Bhd ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kebanyakan orang menjalankan perniagaan kerana mahu mencipta kekayaan sendiri, namun berbeza dengan Nazeri Omar yang mahu berkongsi pengalamannya dan kejayaan dalam perniagaan dengan mereka yang berminat.
Ketua Pegawai Eksekutif RF3 World Sdn. Bhd. itu berkata, kegagalan dan pengalaman berliku yang dilalui sebelum ini banyak mengajar beliau untuk berjaya dalam bidang pemasaran dan pengurusan perniagaan.
Menerusi RF3 World katanya, syarikat itu menawarkan produk yang dapat membantu orang ramai untuk berjaya dalam perniagaan.
“Saya mempunyai produk yang meyakinkan pengguna, cepat habis, pulangan berterusan dan produk ini mudah untuk orang ramai menggunakannya, jadi saya anggap ia merupakan aset penting untuk mencetuskan kejayaan bersama,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putra Point Business Centre di Putra Height dekat sini baru-baru ini.
Nazeri pernah menjadi jutawan dalam perniagaan jualan langsung berbilang peringkat dan melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan import eksport, pembinaan, perkhidmatan kewangan serta urus niaga.
“Keinginan untuk membantu rakan-rakan maju dalam perniagaan membuatkan saya bersama rakan-rakan beralih arah dengan menubuhkan Revorfirm Resources dan RF3 World Sdn. Bhd,” katanya.
Menurutnya, RF3 World menyediakan tiga produk iaitu FirMax 3 dan SoulMax 3 dengan moto produk ‘Let Your Beauty Shine Inside Out’ telah memberi impak yang besar kepada pengguna dengan kesan yang menakjubkan.
Katanya, produk-produk RF3 World merangkumi kecantikan luaran dan dalaman yang berkesan dalam tempoh masa yang singkat.
“FirMax 3 adalah produk krim yang menerajui dan pertama di Malaysia menggunakan kaedah terapi daripada bahan tumbuhan semulajadi dari pelbagai negara dan diproses menggunakan teknologi Nano untuk menegangkan kulit.
“SoulMax3 pula adalah produk minuman menggunakan tujuh teknologi dari enam negara yang bertindak menjadi antioksidan yang terbaik,” ujarnya.
Menurutnya, gabungan produk luaran dan dalaman itu menghasilkan kesan yang sangat positif kepada kecantikan kulit, kesegaran tubuh badan, minda dan yang paling utama untuk kehidupan yang sihat.
Setelah setahun memasuki pasaran katanya, RF3 World telah berjaya melebarkan sayap perniagaan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serta bakal memasuki pasaran Indonesia dalam masa terdekat serta negara-negara ASEAN yang lain.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi hafeez di talian 012-3969017.
SERTAI CHANNEL TELEGRAM KAMI KLIK LINK DIBAWAH UNTUK JOIN.
No comments:
Post a Comment