Tuesday, 19 January 2016

khasiat bawang



Khasiat Tersembunyi Bawang Merah Yang Perlu Kita Ambil Tahu.


Bawang merah banyak digunakan di dalam masakan kita pada hari ini.. Kalau tiada bawang maka tak sedaplah masakan tersebut.
Tetapi tahukah anda semua sebenarnya bawang merah ini banyak khasiat tersembunyi yang kita tidak ketahui selama ini?

Bawang merah adalah sejenis tanaman semusim yang memiliki umbi yang berlapis, berakar serabut dan daun berbentuk silinder berongga. Ia sesuai ditanam beriklim panas seperti iklim tropika dan subtropika. 

Ada 3 jenis bawang yang sesuai di tanam di Malaysia iaitu bawang dari Siam, Indonesia dan India.

-Bawang merah mengandungi :

- vitamin C
-potassium
-serat
- asid folik
- kalsium
-zat besi dan
- protein yang tinggi

-Ada juga daripada hasil kajian mengatakan bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama iaitu sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoids.

Antara khasiat bawang merah adalah:

1)mengurangkan risiko kanser- bunuh sel kanser
2) sakit jantung
3)anti bakteria
4)anti viral
5) anti allergenik
6)berkesan untuk melawan sel kanser hati
7) Membuang toksin di dalam badan
8) menghindar kanser perut
9) Anti coagulant- Mencairkan darah- Elok untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok
10) Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's
11) Mengurangkan gula dalam badan bagi kencing manis.
12) Meningkatkan pertumbuhan tisu tulang- kurangkan risiko osteoporosis
13) Mengurangkan tekanan darah
14) bantu kulit kelihatan muda.

Sumber dipetik dari: Wilkipedia Ensiklopedia Bebas


Join channel telegram Peluang bisnes bersama RF3


No comments:

Post a Comment